Semangat patriotik dilihat semakin luntur dalam kalangan anggota tentera di negara ini. Hal ini berlaku demikian kerana masing-masing sibuk dengan urusan kerja dan persendirian. Walau bagaimanapun, usaha-usaha untuk menaikkan semangat patriotik perlu dipertingkatkan di kalangan anggota tentera.
USAHA-USAHA
UNTUK MENINGKATKAN SEMANGAT PATRIOTIK
MEDIA
- Media harus memainkan peranannya dalam menyemai dan memupuk semangat patriotisme dalam diri setiap warga tentera kerana media merupakan salah satu medium yang berupaya untuk mempengaruhi minda dan memberi kesedaran kepada warga tentera.
- Media harus menyediakan program-program sama ada dalam bentuk realiti tv atau rancangan-rancangan yang berunsur pengetahuan dan pendidikan yang dapat memupuk semangat patriotisme. Contohnya filem seperti "Bukit Kepong","Paloh" dan drama-drama yang berkaitan dengan semangat cinta akan negara.
- Televisyen dan radio juga hendaklah menyiarkan rancangan atau program yang dapat meningkatkan semangat patriotik seperti menyiarkan rencana tentang pejuang-pejuang kemerdekaan negara.
- Surat khabar pula boleh menyiarkan rencana tentang kebaikan semangat patriotisme bagi memupuk lagi semangat patriotisme di kalangan warga tentera negara ini.
SAMBUTAN KEMERDEKAAN
- Agensi-agensi kerajaan yang bertanggungjawab pula perlulah menjalankan aktiviti yang bersesuaian dengan usaha untuk meningkatkan semangat patriotik dalam kalangan anggota tentera agar dapat memupuk semangat ini.
- Aktiviti seperti sambutan hari kemerdekaan di setiap pasukan perlulah digalakkan.
- Di samping itu, pasukan juga perlu mengadakan forum atau ceramah tentang semangat patriotik dengan menjemput tokoh-tokoh atau pahlawan negara yang pernah memperjuangkan semangat kebangsaan suatu masa dahulu seperti Koperal Saad bin Ismail yang terkena jerangkap samar ketika menjalankan tugas. Peristiwa berdarah itu menyebabkan tapak kakinya hancur semasa menyertai Operasi Gubir di Kedah bagi membanteras keganasan komunis pada 29 Sep 1979.
LAGU
PATRIOTIK
INILAH BARISAN KITA
Lagu ini merupakan suntikan semangat telah mengajar kita semua betapa besarnya nilai kedaulatan sesebuah negara yang sudah merdeka. Wilayah perlu dipertahankan dengan segenap jiwa raga. Nyawa merupakan pertaruhannya dan telah dibuktikan
DARAH SATRIA
INILAH BARISAN KITA
Lagu ini merupakan suntikan semangat telah mengajar kita semua betapa besarnya nilai kedaulatan sesebuah negara yang sudah merdeka. Wilayah perlu dipertahankan dengan segenap jiwa raga. Nyawa merupakan pertaruhannya dan telah dibuktikan
DARAH SATRIA
- Lagu ini menggambarkan anggota tentera yang sanggup meninggalkan keluarga demi perjuangan dan mempunyai nilai cinta pada negara.
KEMPEN KIBARKAN JALUR GEMILANG
- Bendera melambangkan kedaulatan, kemerdekaan dan kebebasan sesebuah negara. Ia juga memiliki makna ideologi bagi sesebuah negara.
- Bendera adalah saksi sejarah terhadap kemerdekaan, kedaulatan dan kewujudan identiti kita sebagai sebuah negara bangsa yang berdaulat di pentas dunia.
- Seorang tentera yang baik dan prihatin terhadap kedaulatan negaranya akan memberikan penghormatan sewajarnya terhadap bendera tanah airnya. Ia tidak akan memijak, menconteng dan mengoyakkan bendera tanah airnya. Ia juga akan memastikan bendera yang ingin dikibarkan itu berada dalam keadaan yang baik dan sempurna. Bendera akan dilipat dan dibentangkannya dengan baik dan tertib serta diletakkan di tempat yang bersih dan layak.
- Justeru, sewajarnya warga tentera mengibarkan Jalur Gemilang di seluruh bangunan, kediaman dan kenderaan untuk menunjukkan semangat patriotisme dengan penuh penghayatan terhadap erti sebuah kemerdekaan.
FILEM
- Filem Bravo Lima dapat meningkatkan semangat patriotik dan mengukuhkan lagi perpaduan semua kaum di negara ini.
- Watak komando tentera menentang pengganas komunis dalam filem yang digarap berasaskan kisah benar itu mampu membawa mesej patriotisme kepada warga tentera.
- Filem Bravo Lima adalah kisah sebenar misi sulit pasukan komando Angkatan Tentera Malaysia (ATM) menyelamatkan seorang tawanan dan menggagalkan rancangan komunis menakluki Kedah pada tahun 1989.
- Semangat patriotisme dan nasionalisme perlu dipupuk agar dapat memberi kesedaran bahawa kesejahteraan dan keamanan negara sebenarnya mengatasi dari kepentingan individu. Maka tanggungjawab mempertahankan negara perlu dipikul oleh semua rakyat. Semangat patriotisme perlu dihayati kerana ia merupakan teras kepada pertahanan negara.
- Oleh itu, semua pihak perlulah bekerjasama dan memainkan peranan agar semangat patriotik dapat dipupuk dan disuburkan dikalangan anggota tentera.